Thursday, October 18, 2012

(Rocsta E-volve) Planning stage

Apa-apa yang nak dibuat akan dimulakan dengan niat dan seharusnya mempunyai plan. Untuk plan kita mesti mendapatkan info terlebih dahulu. Info boleh didapati dari sumber internet dan verbally bertanya pada car builder.So untuk projek ini agak sukar untuk mendapatkan info kerana projek convertion exspecially dari jenis Rocsta menggunakan axle volvo memang jarang-jarang dilakukan. So beberapa step yang perlu dilakukan untuk menjalankan projek ini.

 Planning stage:
1. Gether info se"detail" yang boleh. Antara info yang perlu:
i. Spesifikasi apa yang hendak dibuat.
ii.Apa dan dimana boleh dapat barang-barang yang dikhendaki.
iii. Tools yang diperlukan.
2. Kumpul barang-barang mengikut spesifikasi yang telah ditentukan dan juga tools yang diperlukan.
3. Buat drawing dan mock-up exspecially barang-barang yang perlu dibuat melebihi satu kuantitinya.

Dibawah adalah antara barang-barang yang dah dikumpulkan:

A-frame Defender
 A-frame dari LR defender. Mempunyai advantage berbanding system suspensi biasa kerana kemampuannya untuk mengurangkan olengan kereta dan membantu kestabilan walaupun keadaan rupa jalan yang extreme.







Parang Pajero
 
  Parang pajero dipilih oleh kerana mempunyai daya artikulasi yang lebih.Boleh bergerak vertical dan horizon. Cuma kelemahannya bush pada bracket ada tendancy untuk wear, cuma perlu ditukar dari jenis yang tinggi kualiti.





 Axle yang dipilih adalah dari jenis Volvo. Terlebih dahulu kesemua komponen dalam  seperti gearing, shaf, bushing, bearing dan oilseal hendaklah dibuka dan diperiksa terlebih dahulu. Ini penting bagi memastikan kondisi axle tersebut. Seperti didalam gambar ni tapak-tapak lama perlu dibuang menggunakan penunu (Oxy) untuk memberi laluan pada tapak spring dan absorber baru.


No comments:

Post a Comment